Hai semua, Korang sihat tak? mestila sihat kan. So Hari ini saya nak share satu resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus Sukatan Cawan yang sangat mudah untuk dibuat. Bahan yang senang didapati dan sukatannya guna cawan je. Jangan lupa try resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus Sukatan Cawan
Bahan-bahan Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus Sukatan Cawan :
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis-sy letak 1/2 cwn
70g horlicks- sy letak 1/2 cwn
30g serbuk koko- sy letak 3 sudu besar
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum
Cara-Cara Membuat Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus Sukatan Cawan :
1.Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
2.Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi).
3.Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan.
4.Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
5.Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)
7.Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir
Selamat mencuba - resepikeksimple.blogspot.com
ANDA MAHU IKLAN DISINI?. HUBUNGI KAMI !!!