Hai Korang, Hari ini kita nak share satu resepi Kek Marble Koko Sukatan Cawan yang sangat mudah untuk dibuat. Bahan yang senang didapati. Jangan lupa try resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Kek Marble Koko Sukatan Cawan
Bahan-bahan Brownies Kukus Lapis Cheese Sukatan Cawan :
250 gm buttter (Guna Buttercup boleh..planta pon boleh..tp sy guna pure butter.lg sedap.)
250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
220 gm gula kaster
4 biji telor gred A (kalau gred B 5 biji yer)
1 sudu besar ovelette
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar susu segar
2 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan sedikit air panas )
ADUNAN Cheese
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu tepong gandum
2 sudu air
1 sudu esen vanila
( pukul sehingga sebati)
Cara-Cara Membuat Kek Marble Koko Sukatan Cawan :
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna kuning atau warna kesukaan.
Manakala untuk bahagian coklat masukkan bancuhan koko td.
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
Kredit Resepi: fb Zakiah Said
Selamat mencuba - resepikeksimple.blogspot.com
ANDA MAHU IKLAN DISINI?. HUBUNGI KAMI !!!