Selalu kita dengar kek coklat moist kukuskan. kali ni resepi berbeza sikit kita nak share ngn korang. Kek Coklat Moist Versi Bakar Sukatan Cawan yang sangat mudah untuk dibuat. Bahan yang senang didapati dan sukatannya guna cawan je. Jangan lupa try resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Kek Coklat Moist Versi Bakar Sukatan Cawan
Bahan-bahan Kek Coklat Moist Versi Bakar Sukatan Cawan :
2cawan tepung gandum
1cawan minyak masak
1cawan susu pekat
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
1sdk ovalet
1sdk esen vanila
1sdk soda bicarbonate
1sdk baking powder
2biji telur
Cara-Cara Membuat Kek Coklat Moist Versi Bakar Sukatan Cawan :
Mix/Blendkan telur ovalet esen vanila gula hingga kembang dan masukan susu mix lagi.
Kemudian masukan pula minyak mix sebati
Ayakkan tepung bersama serbuk koko ,baking powder dan soda bicarbonate kemudian baru dicampurkan dengan bahan mix tadi bersama air panas sedikit2 hingga habis.
kacau bagi rata dan sebati masukan dalam loyang/acuan yang disapu minyak dulu dan bakar dengan suhu 160', selama 1 jam atau hingga kek masak
Bergantung pada oven masing2
(oven panaskan dulu)
TOPING COKLAT:
===========
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2sdm minyak masak
sedikit susu cair/air
Kacau semua bahan diatas api kecil hingga likat dan berkilat tuangkan keatas kek tadi perlahan2 dan hiaskan ikut kreativiti masing2.
Selamat mencuba - resepikeksimple.blogspot.com
ANDA MAHU IKLAN DISINI?. HUBUNGI KAMI !!!