Hai Korang, macam mana menu semalam? dah cuba? try la, simple n mudah je. So hari ini saya nak share satu resepi Apam Nasi Putih Sukatan Cawan yang sangat mudah untuk dibuat. Bahan yang senang didapati dan sukatannya guna cawan je. Jangan lupa try resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Apam Nasi Putih Sukatan Cawan
Bahan-bahan Apam Nasi Putih Sukatan Cawan :
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Cara-Cara Membuat Apam Nasi Putih Sukatan Cawan :
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.
Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan
dan biar sebentar.
Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.
Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.
Selamat mencuba - resepikeksimple.blogspot.com
ANDA MAHU IKLAN DISINI?. HUBUNGI KAMI !!!