Hai korang, harini saya nak share sikit resepi simple dengan korang.Resepinya adalah Creampuff Simple yang sangat mudah untuk dibuat. Bahan yang senang didapati dan sukatannya guna cawan je. Jangan lupa try resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Creampuff Simple
Bahan-bahan Creampuff Simple :
- 250ml air *
- 100gram mentega *
- 1 sudu gula *
- Secubit garam *
- 150gram tepung naik sendiri
- Telur 3 biji
- 1 sudu esen vanilla
Cara-Cara Membuat Creampuff Simple :
1. Bahan bertanda * masuk dalam periuk/kuali didihkan.
2. Selepas dah mendidih, masukkan tepung naik sendiri, kacau laju-laju, tutup api. Kacau lagi sampai adunan tak melekat kat kuali/periuk.
3. Sejukkan.
4. Dah sejuk masukkan dalam mixer, putar dengan kelajuan sederhana, masukkan telur sebiji-sebiji, sampai habis.
5. Tukar pada kelajuan maksima dan letak esen vanilla 1 sudu.
6. Siap! Paikan ikut cara anda.
7. Bakar 180° selama 25mnt-30mnt.
INTI CUSTARD
- 3 sudu tepung custard
- 1 sudu tepung jagung
- 5 sudu gula
- 4 sudu susu pekat
- 450ml air
CARA-CARA
1. Kacau semua bahan tu sampai tak de tepung berketul.
2. Masakkan atas api kecil sambil kacau, supaya tak hangus dan tak berketul-ketul.
3. Masak dalam 7-8 minit, dah pekat berkilat tutup api biar sejuk.
4. Masuk dalam plastik untuk dipaipkan ke dalam creampuff tadi.
Kredit: fb Norliyana Ibrahim
Selamat mencuba - resepikeksimple.blogspot.com
ANDA MAHU IKLAN DISINI?. HUBUNGI KAMI !!!