Kita penggemar kek kelapa taw. Ada ke peminat kek kelapa kat sini? Sedap taw, kene pulak kopi o kaw petang2 memang mengancam jiwa. hehehe. So hari ni saya nak share resepi Kek Pandan Kelapa Sukatan Cawan yang sangat mudah untuk dibuat. Bahan yang senang didapati dan sukatannya guna cawan je. Jangan lupa try resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Kek Pandan Kelapa Sukatan Cawan
Bahan-bahan Kek Pandan Kelapa Sukatan Cawan :
125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering
Cara-Cara Membuat Kek Pandan Kelapa Sukatan Cawan :
Dengan menggunakan mixer, pukul mentega + gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.
Selamat mencuba - resepikeksimple.blogspot.com
ANDA MAHU IKLAN DISINI?. HUBUNGI KAMI !!!