Hai Korang, Hari ini kita nak share satu resepi Puding Kastard Durian Sukatan Cawan yang sangat mudah untuk dibuat. Bahan yang senang didapati. Jangan lupa try resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Puding Kastard Durian Sukatan Cawan
Untuk lapisan bawah (kek)
1 biji chiffon kek pandan – terpulang nak guna chiffon perisa lain pun ok tapi kalau pandan rasanya lagi sedap (Saya beli yang dah siap di bakery)
Cara :
Potong kek mengikut ketebal yang disukai dan susun dalam bekas kaca bujur atau segiempat dan ketepikan.
Lapisan tengah (kastad)
Bahan (A)
13g agar-agar tali
875ml air sejuk biasa
200g gula kastor/ kasar
Bahan (B)
2 sdm susu pekat manis
250ml susu segar
1 sdm whipping krim
2 biji telur gred c
2-3 sdm puri durian
50g tepung kastad + sedikit air dan bancuh terlebih dahulu
15g serbuk santan
( pukul sehingga sebati)
Cara-Cara Membuat Puding Kastard Durian Sukatan Cawan :
Masak bahan A sehingga agar-agar dan gula hancur terlebih dahulu.
Sementara menunggu agar-agar mendidih dan hancur sepenuhnya satukan bahan B sehingga sebati dan tapis.
Setelah bahan A mendidih dan kecilkan api. Masuk bahan B tadi dan kacau sehingga sebati dan meletup kecil. Pastikan ianya sentiasa di kacau supaya tidak hangus di bawahnya.
Tutup api dan tuang atas kek yang telah di susun tadi. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan kemudian masukan kedalam peti sejuk seketika anggaran dalam 20-30 minit.
Bolehlah menyediakan bahan untuk atas kastad.
Lapisan atas (agar-agar)
Bahan:
2 kotak instant jelly perisa ros
1 tin koktail – tapis dan asingkan buah dan airnya.
Gula sedikit jika kurang manis.
Cara:
Masak instant jelly bersama air jus koktail dan gula. Caranya ikut arahan dibelakang kotak jelly yang sedia ada.
Bila dan masak dan biarkan suam seketika.
Keluarkan kastad yang telah di sejuk tadi dan carikan sedikit dipermukaannya supaya agar-agar dapat melekat dan tuang agar-agar tadi secara perlahan dari sisi sehngga habis.
Tabur buah koktail dan biarkan suam seketika kemudian bolehlah di masuk lagi ke dalam peti sejuk sehingga sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Mudah dan simpel bukan Resepi Puding Kastard Durian Istimewa. Okey, sampai jumpa lagi di resepi puding selanjutnya
Selamat mencuba - resepikeksimple.blogspot.com
ANDA MAHU IKLAN DISINI?. HUBUNGI KAMI !!!