Hai Korang, Hari ini kita nak share satu resepi Roti Manis Cik Melati yang sangat mudah untuk dibuat. Bahan yang senang didapati. Jangan lupa try resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Roti Manis Cik Melati
Bahan-bahan Roti Manis Cik Melati :
500g tepung roti
80g gula castor
1 sudu teh bread softener
1 sudu teh bread improver
1 bj telur
60g butter
250ml air sejuk dari peti
30g susu tepung
11g yis
Secubit garam
.
Bahan topping:
Cheddar Cheese
Susu pekat manis + mayonis (kadar 1:1)
(cth: 4 sudu susu pekat manis + 4 sudu mayonis)
Cara-Cara Membuat Roti Manis Cik Melati :
1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker.
2. Tekan program dough
3. Bila siap, Keluarkan doh dan terus bentukkan sesuka hati. Bg yang blum mahir, sebenarnya setiap bahagian roti ditimbang sama berat. Contohnya untuk sweet cheese bread ni, 30 gram setiap bun.
4. Biar naik selama 1 jam. Jangan lupa tutup dengan tuala bersih.
5. Selepas doh yang dibentuk tadi naik, sapu permukaan doh dengan air/ kuning telur + sedikit air / putih telur. Mana2 pun tak per. Kak Mel sapu dengan air masak jer.
6. Tabur keju sebanyak mana yang anda suka.
7. Last sekali letak campuran susu pekat manis yang dicampur dengan mayonis tadi. Kak Mel buh dalam piping beg. Kalau takder, buh ler dalam plastik biasa pastu gunting kecik bucu plastik tu. Nak buat corak bulat cam kak mel buleh...nak buat corak petak pun boleh. Nak wat jalur2 pun tak per. Ikut sedap rasa
8. Pastu bakar ler guna api atas bawan 170˚C selama 20 minit - 25 minit ikut oven masing2..
Kredit Resepi: Melati Desa (SuKmA)
Selamat mencuba - resepikeksimple.blogspot.com
ANDA MAHU IKLAN DISINI?. HUBUNGI KAMI !!!